Pihak UNICOMMSERV telah manganjurkan program kemasyarakatan di rumah Anak-anak yatim yang dipilih berdasarkan persetujuan daripada pihak Pusat Peradaban Islam (CICU) dan pengurusan rumah kebajikan di sekitar Selangor.Program selama 2 hari bermula seawal 7 pagi hingga 4 petang pada 24 haribulan dan diteruskan lagi dari pukul 7 pagi hingga 5 petang pada 25 Mac 2012.Program ini telah diadakan di 4 buah rumah iaitu Rumah Darul Taqwa di Sg.Besi, Rumah Nur Hikmah di Kajang,Rumah Rukayyah di Sg.Merab dan Rumah Amal YPIN dibanting.Seramai 227 pelajar ISLB 312 dan 42 sukarelawan dipilih untuk memeriahkan program tersebut.Khas untuk pelajar-pelajar Islamic 3,program ini disusun bagi melengkapkan pembelajaran mereka bagi subjek tersebut.

Pada 24 haribulan seramai 61 orang pelajar dan 8 orang sukarelawan diiringi oleh Ustaz Zulkifli Bin Yusuff telah pergi ke rumah Darul Taqwa, dan keesokkan harinya seramai 48 orang pelajar dan 14 orang sukarelawan diiringi Ustaz Syamsul Badli ke Banting,manakala seramai 50 orang pelajar dan 9 orang sukarelawan diiringi oleh Cik Majdah Binti Sulaiman ,selain itu seramai 47 orang pelajar dan 11 orang sukarelawan diiringi oleh Pn.Arniesa selaku pengiring ke Rumah Anak Yatim Rukayyah di Sg.Merab.Dalam memeriahkan program kebajikan pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya permainan Bola Donut,permainan Bawa Belon dan permainan Semakin Jauh Semakin Sayang dan telah mendapat penglibatan yang sepenuhnya oleh pelajar dan kanak-kanak yatim.Aktiviti kemuncak adalah pada pukul 11 iaitu gotong-royong .Aktiviti ini di pantau oleh pihak pengurusan dari rumah masing-masing dan pengiring yang bertugas.Pelajar diarahkan untuk membersihkan tempat-tempat yang telah ditetapkan iaitu asrama lelaki dan perempuan, dapur,perpustakaan ,surau,dewan makan,halaman rumah dan sebagainya.


Antara gambar pelajar ISLB 312 bersama kanak- kanak yatim 





















\













































]

































cc : Terima Kasih di ucapkan kepada semua kakitangan dan kanak- kanak yatim yang terlibat di Rumah Darul Taqwa di Sg.Besi, Rumah Nur Hikmah di Kajang, Rumah Rukayyah di Sg.Merab dan Rumah Amal YPIN dibanting bagi membantu menjalankan program ini.Tidak lupa juga kepada pengiring kami Ustaz Badli Yusof serta semua pelajar ISLB 312. Jasa anda kami kenang :)

Comments (0)