SELANGOR -15 APRIL 2012, Pihak UNICOMMSERV telah manganjurkan program gotong-royong membersihkan masjid Uniten berdasarkan persetujuan daripada pihak Pusat Peradaban Islam (CICU) .Program yang hanya dijalankan 1 hari itu bermula seawal 7 pagi hingga 2.30 petang pada 15 haribulan tersebut. Khas untuk pelajar-pelajar Pengajian Islam 2,program ini disusun bagi melengkapkan pembelajaran mereka bagi subjek tersebut.
Aktiviti yang dijalankan di dalam ruang utama masjid ialah melakukan pembersihan kipas serta membersihkan semua tempat termasuk kawasan mimbar, pelajar juga meyusun semula kedudukan al-quran dan kitab-kita dengan teratur di tempat yang disediakan oleh pengurusan masjid. Selain dari kawasan dalam masjid, pelajar juga diberi tugasan membersihkan kawasan wuduk dan bilik air. Di kawasan wuduk dan bilik air pelajar dikehendaki memcuci lantai dan mengeringkannya semula serta mengelap cermin-cermin yang sedia ada. Manakala, kumpulan pelajar yang lain dikehendaki membersihkan bilik kuliah yang terletak di antara lorong perantara bilik zakat dan bilik Sahabat UNITEN. Tugas yang dijalankan oleh pelajar ialah mereka dikehendaki mengosongkan bilik kuliah, membawa semua kerusi dan meja keluar dan membersihkan kipas dan lantai. Selepas proses pembersihan bilik tersebut, pelajar dikehendaki menyusun semula semua kerusi serta meja di tempat asal.
Antara aktiviti perbersihan kawasan kayak termasuk pembersihan pedal kayak dan juga perahu. Kemaskini tempat susunan jaket, pembersihan sarang labah2 dan juga pembersihan lantai yang dibasuh dan di mop sehingga kering. Manakala di kawasan tangga dan anjung pelajar di bahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan tugasan yang diberi. Antara tugasan yang diberi ialah yang melibatkan kawasan tangga ialah pelajar dikehendaki menyapu dan mengemop kawasan tersebut. Manakala pelajar lain memastikan kawasan anjung dicuci dan dikeringkan menggunakan peralatan yang disediakan oleh Sahabat UNICORMSERV.Di kawasan stor penyimpanan barang pula, pelajar dikehendaki mengeluarkan barang-barang simpanan masjid untuk memudahkan kerja pembersihan stor. Semasa pembersihan stor, pelajar menyapu bilik stor, mengelap serta membuang peralatan yang tidak di pakai. Selepas itu, pelajar memasukan semula peralatan yang dikeluarkan, kemudian disusun di tempat yang disediakan. Kawasan stor berhampiran kolam pelajar diberikan tugas untuk membersihkan lokar dan memcuci sinki dikawasan tersebut.
Tugasan yang diberikan kepada pelajar yang membersihkan kawasan kolam ialah mereka dikehendaki mencuci kotoran menggunakan peralatan yang diberikan oleh pihak UNICORMSERV. Selain pelajar mencuci kolam, mereka juga melakukan tugasan yang diberi seperti memungut sampah dan mencuci longkang yang berhampiran dengan kolam dan kawasam wuduk lelaki. Semasa program yang dijalankan oleh pelajar tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kepada pelajar mahupun sukarelawan.
Antara gambar pelajar-pelajar ISLB 212 bersama- sama membersihkan masjid Uniten
May Allah Ta’ala Bless all readers, bringing you all closer to Him and His Rasul SallAllahu alaihi wasallam. May He accept our humble efforts and grant us the capacity to be good and do good. Ameen.
May Allah Ta’ala Bless all readers, bringing you all closer to Him and His Rasul SallAllahu alaihi wasallam. May He accept our humble efforts and grant us the capacity to be good and do good. Ameen.
06:50 |
Category: |
0
comments
Comments (0)